Setakat malam semalam, sebanyak 543 cawangan agensi kewangan di bandar Urumqi, 92% dari keseluruhan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang beroperasi semula selepas rusuhan "5 Julai". Modal yang mencukupi disediakan di pelbagai bank yang sudah pulih operasinya.
Bank Komersial Urumqi, satu-satunya bank tempatan, sudah memulihkan kesemua 72 buah cawangannya termasuk cawangan di Jambatan Erdao dan Jalan Tuanjie yang terjejas paling teruk dalam rusuhan "5 Julai".