Usaha mengembalikan ketenteraman di Xinjiang dan menjamin perkembangan sosioekonomi wilayah itu perlu dipergiatkan.
Demikian dinyatakan oleh anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhou Yongkang yang mengadakan tinjauan ke Xinjiang semalam.
Ketika bertemu ramah dengan penuntut dan pensyarah dari Universiti Perguruan Xinjiang, Zhou berkata, rusuhan "5 Julai" Urumqi didalangi pemberontak dari dalam dan luar negara dengan niat jahat untuk merosakkan perpaduan bangsa.
Apabila berkunjung ke Institut Pengajian Islam Xinjiang, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada tokoh-tokoh keagamaan yang terlibat dalam usaha membantu mereka yang tercedera dalam rusuhan itu.
Beliau berharap agar rakyat di Xinjiang dapat bersatu padu, tak kira dari kaum Uygur, Han, atau kaum lain, bagi memelihara kestabilan masyarakat tempatan.