Cari:
Kestabilan Masyarakat Batu Asas bagi Wujudkan Kemakmuran
2009-07-11 15:58:12 CRI Cetak

Kestabilan masyarakat merupakan batu asas bagi China untuk mewujudkan negara yang makmur dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Demikian rencana pengarang yang diterbitkan Agensi Berita Xinhua semalam.

Rencana itu menyebut, baik pencapaian pembangunan China sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka 30 tahun yang lalu, mahupun perkembangan sosioekonomi yang makmur yang wujud di Xinjiang, tidak terlepas dari sumbangan perpaduan bangsa yang berkekalan di negara ini.

Rusuhan "5 Julai" Urumqi bukan sahaja memudaratkan kesentosaan wilayah itu, bahkan juga mengakibatkan kecederaan dan kematian yang teruk serta kerugian harta benda yang berjumlah besar. Rusuhan yang didalangi segelintir pemisah itu mengingatkan orang awam supaya menyedari betapa bahayanya rusuhan tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China