Penduduk Urumqi bergiat aktif dalam menderma darah untuk membantu mereka yang tercedera dalam rusuhan "5 Julai".
Disebabkan ramai orang tercedera dalam peristiwa itu, keperluan terhadap darah di hospital tempatan menjadi meningkat.
Untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan darah, ramai yang datang untuk menderma darah, termasuk 1,315 penderma dari 13 buah etnik dan 100 anggota pasukan keselamatan yang bertugas mengawal bandar itu.
Sekarang, seramai 1,000 penduduk lagi berdaftar untuk menderma darah.