Angka kematian yang terkini diumumkan jurucakap kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Li Chunyang. Ditambah 28 orang lagi berbanding 156 orang yang diumumkan sebelum ini. Li Chunyang menjelaskan, jumlah kematian mungkin akan meningkat disebabkan ada orang yang cedera parah sedang menerima rawatan cemas di hospital.
Kerajaan bandar Urumqi semalam mengumumkan pampasan bagi mereka terkorban dalam rusuhan ganas tersebut 200 ribu yuan RMB seorang dan subsidi pengebumian 10 ribu yuan seorang.