Baru-baru ini, Rebiya menyiarkan rencana melalui media barat yang menyebut Xinjiang sebagai "Turkistan Timur". Sehubungan ini, Ismail Amet ketika diwawancara wartawan CRI berkata, perkataan pemisah itu memperlihat kejahilannya tentang sejarah Xinjiang, malah memutarbelitkan fakta-fakta sejarah yang sebenar dengan niat jahat.
Ismail Amet berkata, pemisah tidak mampu mewakili sebarang bangsa atau agama kerana mereka mengkhianati tanah air dan mengkufuri agama Islam. Mereka adalah musuh rakyat, tak kira dari kaum mana pun.