Seiring dengan pelaksanaan beberapa langkah untuk memulihkan kestabilan Xinjiang, tata terbit masyarakat bandar Urumqi semakin baik.
Kini, 80% perusahaan swasta memulihkan operasinya, manakala, 92% cawangan agensi perbankan dibuka semula dan 95% kenderaan awam juga beroperasi seperti biasa.
Selain itu, perdagangan hasil pertanian dibaikpulih di Urumqi, sayur-sayuran susut harganya berbanding dengan beberapa hari yang lalu.
Sementara itu, bekalan gas asli adalah stabil. Tiga buah stesyen gas asli yang terjejas dalam rusuhan "5 Julai" beroperasi semula.