Cari:
Pameran Ekonomi dan Perdagangan Luar Urumqi Berlangsung Mengikut Jadualnya
2009-07-12 15:59:20 CRI Cetak

Pameran Ekonomi dan Perdagangan Luar Urumqi Ke-18 (Urumqi Fair) akan diadakan mengikut jadualnya, iaitu pada 1 hingga 5 September.

Ketua Pengarah Jabatan Perniagaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, He Yiming berkata, setakat 30 Jun lalu, 8 negara termasuk Rusia, Pakistan, Iran dan Turki serta Hong Kong, Makau dan Taiwan berdaftar memohon sebanyak 103 ruangan pameran. Ini mencatatkan jumlah peserta negara yang paling banyak, manakala jumlah ruang pameran yang paling banyak dalam sejarah pameran berkenaan.

Beliau berkata, kini, tiada sebarang negara atau kawasan keluar daripada pameran itu atau mengecilkan skop pamerannya ekoran rusuhan "5 Julai" Urumqi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China