Impak buruk ekoran rusuhan ganas "5 Julai" di Urumqi terhadap pembangunan sosioekonomi Xinjiang jauh lebih besar daripada krisis kewangan.
Abudurezhake Tiemuer, pakar dari Etnik Uygur yang bertugas di Akademi Sosial Xinjiang menyelidik sosioekonomi dan etnik di wilayah itu sejak sekian lama. Beliau berkata demikian ketika diwawancara wartawan semalam.
Beliau menegaskan bahawa rusuhan ganas tersebut mengakibatkan kerugian besar bagi sosioekonomi Xinjiang terutamanya merosakkan dasar pembangunan ekonomi.
Pakar tersebut berharap kerajaan berusaha untuk memulihkan order masyarakat di bandar Urumqi dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Xinjiang di samping mengambil tindakan yang tegas untuk memerangi dan menghukum penjenayah yang terbabit.