Cari:
Zhou Yongkang Periksa Langkah Kerajaan untuk Jamin Keselamatan di Xinjiang
2009-07-12 13:51:03 CRI Cetak

Atas arahan Presiden China, Hu Jintao, Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhou Yongkang pergi ke Kashi dan Hotan Xinjiang dengan menaiki pesawat semalam untuk menziarahi penduduk, polis dan tentera di sana dan memeriksa keadaan pelaksanaan langkah yang diambil kerajaan pusat untuk memastikan keamanan Xinjiang terjamin.

Zhou Yongkang berkata, situasi di Xinjiang sekarang semakin baik. Namun, kumpulan penentang di luar negara tidak akan mengakui kegagalan mereka dan sedang merancang tindakan yang baru. Sehubungan dengan ini, kerajaan pelbagai peringkat, tentera dan jabatan keselamatan awam perlu sentiasa meningkatkan tahap waspada terhadap percaturan politik yang dilakukan oleh kumpulan penentang tersebut dan menewaskan cubaan mereka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China