Cari:
Penipuan Kumpulan Pemisah Rebiya "Tidak Masuk Akal"
2009-07-13 12:19:03 CRI Cetak

Penipuan yang dibuat oleh kumpulan pemisah Rebiya Kadeer "tidak masuk akal".

(Gambar Rebiya untuk "membuktikan" polis China yang menyerang "penunjuk perasaan damai". )

Rencana pengarang yang diterbitkan dalam Harian Renminribao hari ini menunjukkan bahawa selepas perisitiwa "5 Julai" di Urumqi tercetus, ketika diwawancara oleh Stesen Televisyen Al-Jazeera, Rebiya Kadeer mengeluarkan gambar yang disediakannya untuk "membuktikan" polis China yang menyerang "penunjuk perasaan damai". Namun, apabila teliti, "bukti" itu merupakan gambar anggota polis Provinsi Hubei yang mengekang dan menangani kes pergaduhan kumpulan yang lain.

("Bukti" polis China yang menyerang "penunjuk perasaan damai". )

Pada 7 Julai lalu pula, ada sekumpulan kecil orang yang membawa gambar untuk mengadakan tunjuk perasaan di depan Kedutaan Besar China di Turki. Penjelasan pada gambar itu menyatakan bahawa mereka adalah mangsa kekerasan peristiwa "5 Julai". Namun, pada hakikatnya, gambar itu adalah mengenai kemalangan lalu lintas yang berlaku di bandar Hangzhou pada 15 Mei lalu.

 (Kumpulan yang membawa gambar untuk mengadakan tunjuk perasaan di depan Kedutaan Besar China di Turki)

Baru-baru ini, Harian Telegraph Britain telah menunjukkan bahawa ulasan Rebiya tentang peristiwa tersebut bertentangan dengan ucapan saksi yang dikutip oleh media asing di Urumqi.

Rencana itu menunjukkan bahawa penipuan Rebiya yang "tidak masuk akal" itu merendahkan kebijakan rakyat di seluruh dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China