Situasi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang sudah bertambah baik.
Naib Presiden Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, (CPPCC) Abdulahat Abdurixit menyatakan demikian ketika bertemu anggota CPPCC Xinjiang di Urumqi semalam. Peristiwa "5 Julai" merupakan tragedi yang mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dalam jumlah yang paling besar sejak Republik Rakyat China ditubuhkan. Tindakan ganas itu mendedahkan kumpulan pemisah di luar China yang berniat jahat. Peristiwa tersebut bukanlah masalah bangsa dan agama, tetapi merupakan isu politik untuk membela penyatuan tanah air dan perpaduan bangsa China.