Cari:
Penduduk Urumqi Bantah Liputan BBC yang Memutarbelitkan Kenyataan
2009-07-13 15:53:15 CRI Cetak

Baru-baru ini, sebahagian penduduk di bandar Urumqi mengeluarkan bantahan bertulis terhadap liputan BBC yang memutarbelitkan kenyataan tentang peristiwa "5 Julai".

Dalam surat bantahan yang ditandatangani oleh lebih 30 orang penduduk di jalan Tuanjie bandar Urumqi itu dinyatakan bahawa peristiwa tersebut merupakan kes jenayah antinegara, antibangsa dan antimanusia yang dilakukan oleh tiga gerakan, iaitu gerakan pemisah, gerakan pelampau dan gerakan pengganas yang diketuai oleh Rebiya Kadeer. Tindakan yang diambil oleh mereka mengakibatkan banyak pertumpahan darah, kehilangan nyawa rakyat yang tidak berdosa, dan mengakibatkan lebih 1,000 orang menjadi mangsa. Tetapi, liputan BBC terhadap peristiwa "5 Julai" sama sekali memutarbelitkan kenyataan tersebut.

Kumpulan penduduk bandar urumqi menasihati BBC untuk melaporkan kenyataan secara objektif, adil dan menyeluruh kepada rakyat Britain dan seluruh dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China