Cari:
Usaha Memelihara Kestabilan di Xinjiang Perlu Diutamakan
2009-07-13 11:42:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Usaha memelihara kestabilan di Xinjiang perlu diutamakan.

Demikian dinyatakan oleh anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhou Yongkang yang mengadakan tinjauan ke Xinjiang semalam.

Beliau menegaskan bahawa pelbagai peringkat kerajaan, jabatan dan badan berkenaan perlu berusaha sedaya upaya untuk menjamin pengeluaran industri dan pertanian, hidup rakyat kembali seperti biasa, mempergiat perpaduan bangsa dan mewujudkan keamanan dan kestabilan di Xinjiang bagi jangka masa yang panjang.

Beliau juga bertemu dengan kumpulan dan orang perseorangan yang mendapat penghargaan kerana membantu mangsa dalam rusuhan "5 Julai" di Urumqi itu. Menurut beliau, negara China merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, dan penduduk pelbagai etnik telah menjalinkan hubungan yang mesra lagi harmoni. Kisah bantuan segera yang diberikan oleh mereka itu membuktikan bahawa niat jahat pemberontak dari dalam dan luar negara untuk merosakkan perpaduan bangsa tidak dapat tercapai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China