Kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang akan menanggung kos rawatan dan kehidupan mangsa yang cedera dalam rusuhan "5Julai" di Urumqi.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Nuer Baikeli ketika berucap melalui stesen TV semalam.
Kerajaan Xinjiang juga akan memberikan bantuan kepada mereka yang menjadi cacat kekal dalam rusuhan itu menurut peraturan yang tertentu.
Menurut statistik, jumlah kematian dalam rusuhan "5 Julai" Urumqi Xinjiang itu mencatat 184 orang, dan 1680 orang lain cedera . Kini, seramai 939 orang masih dirawat di hospital. Selain itu, lebih 600 buah kereta dan lebih 600 rumah turut rosak dalam peristiwa tersebut.