Sekarang, ketenteraman awam di Urumqi sedang kembali pulih dengan pesat.
Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Tetap Parti Komunis China, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Jia Qingling menyatakan demikian ketika menghadiri satu mesyuarat khas yang diadakan oleh CPPCC semalam.
Menurut beliau, hakikat membuktikan bahawa peristiwa "5 Julai" yang mempunyai latar belakang politik yang kuat itu merupakan jenayah yang dirancang dan dilakukan oleh "tiga gerakan", iaitu gerakan pemisah, gerakan pelampau dan gerakan pengganas di luar China. Walau bagaimanapun, sekarang, ketenteraman awam di Urumqi sedang pulih dengan pesatnya. Jia Qinglin juga menyeru semua anggota CPPCC agar memerangi jenayah untuk membela perpaduan bangsa dan kestabilan masyarakat.