Kestabilan amat penting ertinya bagi pembangunan dan kemakmuran Xinjiang.
Dalam rencana pengarang yang diterbitkan dalam Harian Renminribao hari ini dinyatakan bahawa jika dikenang sejarah pembangunan Xinjiang, taraf kehidupan rakyat tempatan amat rendah pada 60 tahun yang lalu. Namun, sekarang, Urumqi telah berkembang menjadi bandar yang paling makmur di rantau Asia Tengah. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perkapita di Xinjiang mencatat hampir 3000 yuan RMB. Kestabilan wilayah tersebut menyebabkan rakyatnya aman tenteram dan masyarakatnya maju.
Rencana pengarang tersebut menunjukkan bahawa peristiwa "5 Julai" bukan sahaja menjejaskan kepentingan sesebuah etnik, malah membawa bencana kepada rakyat pelbagai etnik yang tinggal di wilayah tersebut. Rakyat Xinjiang yang menghadapi rusuhan itu pasti lebih jelas tentang kenyataan dan lebih menghargai hasil pembangunan serta situasi perpaduan dan kestabilan.