Cari:
Kenangan Sebuah Keluarga Etnik Uygur tentang Rusuhan "5 Julai"
2009-07-14 16:49:13 CRI Cetak

Kawasan Dawan di bandar Urumqi terdiri daripada 13 kawasan perumahan. Sekian ramai penduduk dalam pelbagai etnik tinggal di kawasan tersebut. Pada 5 Julai lalu, perusuh juga melakukan jenayah seperti memukul orang, memusnahkan harta dan barang, merompak harta benda dan membakar bangunan di kawasan perumahan Changleyuan di kawasan tersebut.

Tuersungul, 70 tahun merupakan seorang juru bahasa yang sudah bersara. Beliau tinggal bersama dengan anak saudaranya di kawasan perumahan itu. Katanya, "Ketika itu, saya terdengar bunyi orang memukul orang, memusnahkan pelbagai barang, merompak harta benda dan membakar bangunan. Anjing menyalak-nyalak dan ada orang berteriak. Saya dan anggota keluarga amat takut."

Sabia, anak saudara Tuersungul menemani beliau di rumah pada malam itu. Suaminya membawa anak mereka pergi berjumpa doktor. Pada pukul 9.00 malam, Tersungul terdengar bunyi letupan di kawasan itu. Ramai orang yang berteriak. Sabia berasa bimbang tentang keselamatan suami dan anaknya. Katanya, "Saya mahu pergi ke hospital untuk mencari suami dan anak saya. Tetapi jiran saya menasihati saya supaya jangan berbuat demikian kerana situasi di sekitar hospital itu lebih teruk. Di tempat yang jauhnya kira-kira 5 hingga 6 meter daripada saya, terdapat 6 atau 7 orang yang sudah terbunuh."

Sebuah pasar raya di kawasan perumahan Changleyuan telah musnah dalam rusuhan tersebut. Sabia dan keluarganya berasa amat sedih dengan kejadian tersebut. Katanya, "Kami selalu membeli barang di pasar raya itu. pengurus dan pekerja di pasar raya itu ialah orang etnik Han. Manakala, 99% pelanggannya ialah orang etnik Uygur. Hubugnan antara pekerja pasar raya itu dengan pelanggannya amat mesra."

Ketika menghadapi rusuhan yang ganas itu, penduduk daripada pelbagai etnik telah tolong-menolong. Ketika suami Sabia mahu pulang ke rumahnya, seorang lelaki etnik Han tiba-tiba membuka pintu belakang keretanya dan meminta tolong. Kata Sabia, "Orang itu menunjukkan kad pengenalannya dan memberitahu suami saya bahawa beliau ialah pemandu bas awam dan perusuh telah memusnahkan basnya. Suami saya segera menghantar beliau pulang ke rumahnya, kemudian baru balik ke rumah kami."

Tuersungul dan anggota keluarganya berpendapat bahawa rusuhan "5 Julai" memang merupakan peristiwa yang ganas, namun ia tidak ada kaitan dengan hubungan antara etnik. Mereka berasa marah kepada beberapa media di seberang laut menyiarkan berita yang memesongkan hakikat kejadian tersebut. Menurut pandangan Tuersungul, tidak terdapat percanggahan pendapat atau konflik antara pelbagai etnik di Wilayah Autonomi Uyugur Xinjiang. Beliau berharap masyarakat pelbagai etnik dapat terus hidup bersama-sama secara aman di kawasan tersebut. Katanya, "Penduduk pelbagai etnik di Xinjiang hidup bersama-sama dengan selesa dan aman. Walaupun berlaku rusuhan, saya harap mereka akan terus hidup aman seperti biasa."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China