Cari:
A.S. dan Jerman Menyokong Kumpulan Pemisah Anti-China Termasuk Gerakan "Kemerdekaan Xinjiang" Sejak Sekian Lama
2009-07-15 13:53:10 CRI Cetak

Amerika Syarikat dan Jerman sentiasa menyokong kegiatan kumpulan pemisah anti-China, termasuk gerakan "Kemerdekaan Xinjiang" sejak sekian lama untuk mencapai matlamat mereka, iaitu menyekat pembangunan China.

Rencana pengarang yang diterbitkan dalam Harian Renminribao hari ini menyatakan bahawa dalam sidang akhbar kelmarin, jurucakap Jabatan Negara A.S., Ian Kelly mengaku bahawa Kongres Uygur Dunia (WUC) yang diketuai oleh Rebiya Kadeer disokong oleh Tabung Demokrasi Negara (NED) A.S. sejak sekian lama. Dana NED itu sumbernya daripada Kongres A.S.. WUC mendapat sumbangan yang berjumlah lebih 200,000 dolar Amerika dari sumber tersebut.

Ibu pejabat WUC terletak di Munich, Jerman. Pengerusi yang pertamanya, anggota kumpulan pemisah "Kemerdekaan Xinjiang", Erkin Alptekin disokong oleh A.S. dan Jerman. Menurut laman sesawang dasar luar Jerman, kedua-dua negara tersebut menyokong kegiatan kumpulan pemisah anti-China itu, termasuk gerakan "Kemerdekaan Xinjiang" sejak sekian lama untuk mencapai matlamatnya bagi menyekat pembangunan China.

Negara-negara tersebut digesa segera menghentikan bantuan dan sokongan dalam apa jua bentuk kepada "tiga gerakan" ini, iaitu gerakan pemisah, gerakan pelampau dan gerakan pengganas, dan menghentikan campur tangan dalam apa jua bentuk dalam urusan dalaman negara China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China