Hubungan China dengan negara-negara Islam akan terus berkembang maju berdasarkan lima prinsip hidup bersama secara damai, khususnya berasaskan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing semalam.
Menurut beliau, tindakan yang diambil di sisi undang-undang oleh kerajaan China berkait dengan pristiwa "5 Julai" di Urumqi bertujuan untuk menghentikan jenayah, memulihkan ketenteraman awam dan membela perpaduan bangsa, bukan bersasaran kepada etnik atau agama yang tertentu.
Beliau menyatakan bahawa kerajaan China menentang keganasan dalam apa jua bentuk, dan bersedia berusaha bersama-sama dengan negara-negara lain untuk mempergiat kerjasama, membanteras keganasan dan memelihara keselamatan urus niaga dan warga China yang berada di seberang laut.