Seramai 31orang mangsa dalam peristiwa "5 Julai" di Urumqi telah dikebumikan setakat semalam, dan 92 mayat lagi telah dikenal pasti melalui ujian DNA.
Menurut statistik terkini, jumlah kematian dalam rusuhan "5 Julai" Urumqi Xinjiang itu ialah 184 orang, dan 1680 orang lagi cedera. Kerajaan Urumqi telah mengumumkan bahawa pihaknya akan memberikan 200 ribu yuan RMB sebagai pampasan kepada anggota keluarga setiap mangsa yang terkorban dalam peristiwa itu, dan 10 ribu yuan RMB lagi untuk urusan pengebumina.