Cari:
Ketenteraman Awam di Urumqi Pulih
2009-07-15 16:43:22 CRI Cetak

Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, jurucakap penerangan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Puan Hou Hanmin berkata bahawa ekoran pelbagai tindakan yang diambil untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman awam. Puan Hou Hanmin berkata bahawa keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat di Urumqi ini dapat dipulihkan kerana tindakan yang segera dan berkesan telah diambil oleh kerajaan tempatan. Beliau berkata, apabila peristiwa rusuhan 5 Julai berlaku, kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang segera mengambil tindakan untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat tempatan.

Beliau berkata, yang pertama menjamin keselamatan nyawa rakyat, polis bertugas untuk menjamin keselamatan rakyat jelata. Selain itu, memastikan supaya kedai-kedai segera ditutup untuk mengelakkan lebih banyak kerugian harta benda rakyat. Menurut beliau, tindakan tersebut menyebabkan rusuhan itu dapat didkawal dengna segera dan sejumlah besar orang yang menyertai rusuhan itu dapat ditangkap.

Pelbagai pihak memberikan perhatian yang besar kepada rusuhan tersebut. Banyak media dari dalam dan luar negara membuat liputan di Urumqi pada sehari selepas berlakunya rusuhan tersebut.

Beliau berkata, kami telah menyediakan banyak kemudahan bagi media dari pelbagai negara di dunia yang membuat liputan di Urumqi. Kami pergi ke tempat kejadian, hospital dan kedai bersama-sama mereka. Mereka boleh membuat liputan mengenai orang yang cedera atau orang awam secara bebas.

Sidang akhbar yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan telah diadakan berkali-kali. Kerajaan tempatan juga mengizinkan permintaan yang dikemukakan oleh wartawan untuk membuat liputan. Dengan itu, rusuhan itu telah diketahui oleh masyarakat umum melalui laporan media, dan tindakan yang diambil oleh kerajaan tempatan telah mendapat sokongan dan persefahaman daripada mereka.

Berkait dengan orang yang ditangkap dalam rusuhan itu, Hou Hanmin berkata,bahawa pihak polis sedang menyoal siasat mereka dan kes mereka akan ditangani dengan adil mengikut undang-undang.

Menurut beliau, setakat ini, 184 orang disahkan mati dan 1680 orang lagi cedera akibat rusuhan tersebut. Antaranya 939 orang masih lagi dirawat di hospital. Kerajaan tempatan memberikan pampasan berjumlah 200 ribu yuan RMB kepada keluarga setiap orang yang terkorban dalam rusuhan itu, dan 10 ribu yuan RMB lagi sebagai belanja pengebumian. Pihak kereka juga menggalakkan sumbangan wang dan barangan daripada anggota masyarakat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China