Cari:
Masyarakat Antarabangsa Terus Kutuk Peristiwa "5 Julai"
2009-07-16 12:02:09 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa amat prihatin terhadap peristiwa "5 Julai" di Urumqi, dan menyokong kerajaan dan rakyat China untuk membela perpaduan bangsa dan kestabilan masyarakat di samping mengutuk kegiatan jenayah itu.

Ketika bertemu dengan Ketua Konsul China di Surabaya, Indonesia kelmarin pemimpin-pemimpin dari dua pertubuhan agama Islam Indonesia, iaitu Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah menyatakan, bahawa agama Islam menyanjung tinggi kedamaian dan menentang keganasan. Mereka berharap agar Urumqi segera pulih aman tenteram dan menjadi lebih baik.

Seorang pakal ilmu geografi manusia yang juga pakar isu China dari Universiti Paris Perancis, Doktor Pierre Picard berkata kelmarin bahawa, ini adalah peristiwa ganas yang dirancang oleh kumpulan pengganas dan pemisah di luar China. Menurut beliau, tiada suatu negara pun di dunia ini yang dapat membenarkan serangan kumpulan pengganas.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China