Cari:
Kerajaan Xinjiang Giat Pulihkan Industri Pelancongan
2009-07-16 16:40:36 CRI Cetak

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di China. Ia menarik ramai pelancong dari China dan luar negara dengan pemandangannya yang indah, adat resamnya yang istimewa, dan makanan yang lazat-lazat. Pelancongan ke Xinjiang baru-baru ini telah dibatalkan oleh banyak syarikat pelancongan disebabkan oleh rusuhan 5 Julai yang berlaku di Urumqi. Namun, rombongan pelancong asing masih pergi ke sana.

Seorang pemuda warga Kanada, Trevor Hazal melancong  ke kawasan destinasi pelancongan Tianchi di gunung Tianshan yang berjarak lebih 100 kilometer dari Urumqi pada masa tersebut. Beliau berkata, saya tidak bimbang akan keselamatan  di sini. Saya yakin tempat ini aman tenteram.

Destinasi pelancongan Tianchi gunung Tianshan ini tingginya kira-kira 2 ribu meter dari paras laut. Air tasiknya jernih, hutan rimbanya menghijau dan salji yang putih bersih meliputi puncak gunung Bogeta. Pemandangan ini menjadikan Trevor Hazal lebih rindu kepada kampung halamannya yang jauh. Beliau berkata, pemandangan di sini amat indah. Pokok dan tasik di sini sama indahnya dengan pemandangan di provinsi British Kolumbia, Kanada. Saya berasa amat selesa.

Puan Stefano, pula ialah seorang warga Italinya sering kali melancong ke Xinjiang. Kali ini, beliau  telah datang ke Xinjiang bersama anggota kelurganya. Beliau berkata, kawasan ini berbeza sama sekali dengan tempat lain. Penduduk dari pelbagai etnik tinggal bersama dengan aman di sini. Bagi saya, Xinjiang sungguh menarik.

Sekalipun ada pelancong yang berasa Xijiang masih menarik, tetapi rusuhan 5 Julai yang berlaku di Urumqi telah menjejaskan industri Pelancongan di sana. Setiausaha Jawatankuasa Jabatan Pelancongan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang Parti Komunis China, Encik Chi Chongqing menyatakan bahawa setakat 12 Julai, 3400 rombongan pelancongan seberang laut yang melibatkan 200 ribu orang pelancong telah membatalkan lawatan mereka.

Untuk memulihkan segera industri pelancongan di Xinjiang, jabatan pelancongan tempatan telah memohon peruntukan sebanyak 5 juta yuan RMB daripada kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang untuk membantu syarikat pelancongan yang kerugian akibat rusuhan tersebut dan merangsang pasaran pelancongan di sana.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China