Upacara memulakan pembinaan pavilion A.S. bagi Ekspo Dunia Shanghai telah diadakan pada pukul 10.00 pagi tadi. Setiausaha Perdagangan A.S., Gary Locke, Naib Menteri Perdagangan China, Ma Xiuhong dan Naib Datuk Bandar Shanghai, Yang Xiong menghadiri upacara tersebut.
A.S. telah menandatangani kontrak untuk menyertai ekspo tersebut dengan Jawatankuasa Penganjur Ekspo Dunia Shanghai secara rasmi pada minggu lalu. Tema pavilion A.S. ialah "keberterusan, kerjasama, kesihatan, dan perlindungan alam sekitar serta komuniti orang keturunan Cina ".
Syarikat Walmart dimaklumkan telah mengumumkan untuk menjadi rakan kerjasama dengan pavilion A.S. itu.