Cari:
Sarjana Menyangkal Pernyataan Beberapa Orang Asing yang "China Menumpaskan Agama Islam"
2009-07-17 13:50:28 CRI Cetak

Kini, jumlah masjid di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang mencatat angka hampir 25 ribu buah, meningkat 16 ribu buah berbanding dengan jumlahnya pada tahun 1984.

Dekan Institut Ilmu Bangsa dan Ilmu Sosial Universiti Bangsa-Bangsa Pusat, Yang Shengmin berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat penerangan Dewan Negara China semalam.

Beliau berkata bahawa ada orang asing menuduh China cuba menyekat perkembangan agama Islam dalam negara. Jika begitu, mengapa jumlah masjid di Xinjiang meningkat sekali ganda?

Naib Presiden Tetap Institut Pengajian Islam China, Adilijiang.Ajikelimu memaklumkan bahawa kini, tedapat 10 buah institut pengajian Islam di China. Selain itu, majalah Muslim di China edisi bahasa Uygur yang beliau sebagai ketua editornya sekarang menjelaskan peraturan agama Islam dan memberikan maklumat perkembangan agama Islam di peringkat antarabangsa kepada orang Islam di Xinjiang dan seluruh negara. Majalah itu kini mempunyai edaran sebanyak lebih 50 ribu naskhah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China