Cari:
Kerajaan China Tidak akan Mengubah Dasar Tetap Etnik Minoriti
2009-07-17 15:26:24 CRI Cetak

Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Ismail Tiliwaldi yang pernah berkhidmat di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang selama lebih 40 tahun itu telah diwawancara pada 15 Julai yang lalu di Beijing oleh media dari China dan luar negara tentang rusuhan yang berlaku di Urumqi 5 Julai yang lalu. Beliau menyatakan bahawa rusuhan tersebut bukanlah satu peristiwa krisis etnik minoriti atau keagamaan, tetapi adalah peristiwa ganas yang dicetuskan oleh penghasut di seberang laut untuk menentang negara dan kedamaian umat manusia. Menurut beliau, peristiwa tersebut merupakan urusan dalaman China.

Media dari Turki, Pakistan, Moroco, Malaysia dan lain-lain telah menyertai wawancara itu di dalam wawacara yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu, Ismail Tiliwaldi berulang kali menyatakan bahawa rusuhan 5 Julai yang berlaku di Urumqi itu merupakan satu peristiwa yang buruk. Menurut beliau, menangani peristiwa itu adalah urusan dalaman China.

Menurut perangkaan terkini, seramai 192 orang mati, lebih 1700 orang cedera,manakala lebih 300 buah kedai dan lebih 600 kenderaan terbakar. Kerugian dari segi ekonomi pula amat besar jumlahnya. Menurut beliau, mahkamah akan menghukum pengganas yang terbabit berdasarkan undang-undang, dan memelihara kepentingan rakyat pelbagai etnik di Xinjiang.

Ismail Tiliwaldi berkata, rusuhan di Urumqi itu telah diatur dan dilaksanakan oleh tiga golongan yang berniat jahat di seberang laut. Tujuannya adalah untuk menjejaskan penyatuan negara dan perpaduan kebangsaan rakyat China. Oleh itu, beliau telah menegaskan pendirian China tentang isu keganasan.

Beliau berkata, bahawa membanteras keganasan merupakan pendirian semua negara yang berdaulat di dunia termasuk China. Tindakan yang diambil oleh kerajaan China dalam rusuhan 5 Julai adalah wajar dan mengikut undang-undang. Ia mendapat sokongan yang luas daripada masyarakat antarabangsa. Kerajaan China bersedia bekerjasama dengan rakyat di pelbagai negara di dunia untuk menghapuskan keganasan, aktiviti pelampau dan yang memecahbelahkan perpaduan kebangsaan.

Beliau berkata bahawa kerajaan pusat tidak akan mengubah dasar tetap etnik minoriti. Kerajaan China akan terus melaksanakan dasar keutamaan etnik minoriti. Dasar ini diperlihatkan dalam dasar penerokaan di kawasan barat, menghormati kepercayaan beragama dan warisan budaya yang diamalkan oleh penduduk etnik minoriti.

Sekarang terdapat 47 etnik minoriti menetap di Xinjiang, sedangkan dahulu hanya 13 etnik minoriti sahaja. Jumlah seluruh anggota etnik minoriti melebihi yang lalu di Xinjiang, jumlah keseluruhan penduduk etnik tersebut melebihi 24 juta orang.

Beliau berkata, kejayaan pembangunan sosioekonomi yang besar di Xinjiang dihasilkan oleh rakyat pelbagai etnik di sana, termasuk etnik Uygur, Han, Kazak, Hui, Kirgiz dan lain-lain. Sebarang komplot yang cuba menjejaskan perpaduan kebangsaan, pertumbuhan ekonomi, dan ketenteraman masyarakat pasti akan gagal.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China