Selepas pristiwa rusuhan berlaku di Urumqi, Xinjiang pada 5 Julai lalu, beberapa negara menyatakan bahawa pristiwa tersebut urusan dalaman China, dan tindakan yang diambil oleh kerajaan China untuk menangani pristiwa itu adalah munasabah.
Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangasa Kemboja mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa pihaknya berpendapat tindakan yang diambil oleh China di kawasan Xinjiang "urusan dalaman China", dan kerajaan China mengambil tindakan yang munasabah untuk menangani isu tersebut.
Menteri Luar Thailand mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa peristiwa "5 Julai" urusan dalaman China, dan pihaknya yakin kerajaan China berkemampuan untuk menstabilkan situasi tempatan dan memulihkan keamanan dan keharmonian di Xinjiang.
Menteri Luar Laos pula menyatakan bahawa pihaknya memberi perhatian terhadap pristiwa "5 Julai" dan tindakan yang diambil oleh kerajaan China untuk menangani perisitwa itu dan memelihara kestabilan masyarakat adalah mustahak dan sah.