Cari:
Situasi Ketenteraman Awam di Xinjiang Mulai Kembali Pulih
2009-07-19 15:02:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Situasi ketenteraman awam di Xinjiang mulai kembali pulih dua minggu selepas peristiwa "5 Julai" tercetus.

Presiden Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Nur Bekri berkata demikian ketika diwawancara oleh wartawan asing. Menurut beliau, bekalan pasaran, lalu lintas awam, pengeluaran perusahaan dan pengangkutan di Xinjiang sudah pulih normal. Jumlah pelancong dari dalam dan luar China ke wilayah tersebut juga semakin bertambah. Kerajaan berkeupayaan untuk memelihara kestabilan Xinjiang.

Beliau menyatakan bahawa peristiwa tersebut merupakan jenayah yang dirancang dan dilakukan oleh "tiga gerakan" di luar negara. Kerajaan akan menghukum keras penjenayah yang terlibat dalam peristiwa tersebut.

Peritiwa tersebut telah mengakibatkan 197 orang terkorban dan lebih 1600 orang lain cedera, kebanyakannya orang awam yang tidak berdosa. Nur Bekri berkata bahawa selepas peristiwa tersebut tercetus, pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai tempat di Tanah Besart meminta untuk menderma wang. Oleh itu, pihaknya menubuhkan tabung bantuan perpaduan bangsa. Subsidi bagi setiap orang yang terkorban tidak akan lebih kurang daripada standard pampasan kerajaan. Selain itu, semua biaya perubatan dan rawatan mereka yang cedera akan dibeban oleh kerajaan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China