Indeks perdagangan di Xinjiang mulai kembali pulih walaupun jumlah eksport menurun beberapa hari yang lalu akibat kesan negatif peristiwa "5 Julai" di Urumqi.
Data-data yang disediakan oleh Kastam Xinjiang menunjukkan bahawa jumlah kargo import eksport di pelbagai pintu keluar masuk Urumqi mencatat satu juta tan pada 6 hingga 15 Julai, meningkat 16% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Selain itu, 98% kedai yang dirosak dalam peristiwa tersebut pula mulai berurus niaga dan jumlah penjualan juga semakin meningkat.