Cari:
Penggubalan Undang-Undang Anti Pemecahbelahan Tempatan Dipertingkatkan di Xinjiang
2009-07-20 10:00:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Ailigeng Yiminbahai berkata demikian semasa diwawancara oleh wartawan di Urumqi semalam. Menurut beliau, pihaknya akan meningkatkan kerja menggubal undang-undang tempatan bagi memberikan sokongan kepada perjuangan anti pemecahbelahan dan membanteras keganasan di Xinjiang.

Mengenai pendidikan undang-undang selepas berlakunya rusuhan 5 Julai, beliau berkata Xinjiang amat memerlukan buku-buku yang memperkenalkan pengetahuan undang-undang dalam bahasa etnik minoriti. Menurut beliau, pakar-pakar sedang menyunting buku tersebut dalam bahasa Uygur, Kazak dan bahasa etnik yang lain dan akan dihantar kepada petani dan penggembala di Xinjiang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China