Rusuhan "5 Julai" yang berlaku di Urumqi, Xinjiang dihasutoleh gerakan pemisah, pelampau dan pengganas, tidak berkaitan dengan agama. Ini kerana semua ahli masjid dan pekerja agama di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang tidak terlibat dalam rusuhan tersebut. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Hal-Ehwal Etnik Negara China, Wu Shimin di sidang akhbar Jabatan Penerangan Dewan Negara China di Beijing hari ini.
Beliau berkata, menurut hasil penyiasatan polis, kejadian sebenar peristiwa tersebut adalah jelas dan akan diumumkan untuk pengetahuan seluruh dunia.