Dalam tempoh 20 tahun lalu, penduduk muslim Xinjiang yang menunaikan fardu haji ke Mekah menerusi rombongan yang dianjurkan oleh Persatuan Islam China telah mencapai lebih 30 ribu orang. Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, setiap tahun terdapat kira-kira 2700 orang penduduk muslim Xinjiang menunaikan fardu haji. Jumlah ini menduduki tempat pertama antara semua provinsi di China.
Pegawai Jabatan Haji Suruhanjaya Hal- Ehwal Etnik Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang berkata, rombongan Xinjiang terdiri daripada sepuluh rombongan kecil dari seluruh wilayah tersebut. Kini, pendaftaran rombongan untuk tahun 2009-2010 telah berakhir. Dijangka, kira-kira 2760 orang penduduk muslim Xinjiang akan menunaikan fardu haji ke Mekah menerusi rombongan pada tahun ini.