Cari:
Kestabilan Masyarakat Merupakan Asas kepada Pembangunan Xinjiang
2009-07-21 17:07:28 CRI Cetak
Pengerusi Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, Nur Bekri ketika diwawancara oleh pemberita asing baru-baru ini berkata, kini situasi di seluruh wilayah Xinjiang sudah kembali stabil selepas berlakunya peristiwa rusuhan di bandar Urumqi dua minggu yang lalu. Menurut beliau, kedamaian dan kestabilan merupakan asas kepada pembangunan Xinjiang dan selaras dengan hasrat dan kepentingan pelbagai kaum di Xinjiang. Menurut beliau, hal ini telah terbukti dan boleh dilihat dengan jelas daripada proses pembangunan sosioekonomi di Xinjiang.

Ketika Xinjiang mencapai kebebasan secara damai pada tahun 1949, jumlah pengeluaran sektor industri dan pertanian di wilayah tersebut hanya bernilai 400 juta Yuan RMB sahaja setahun. Namun, dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan pusat secara terus-menerus, jumlah KDNK Xinjiang telah meningkat kepada 4 bilion Yuan RMB pada tahun 1978. Selepas terlaksananya dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada tahun 1978, Xinjiang mencapai kejayaan yang lebih besar dalam pembangunan ekonomi dan masyarakat, dengan purata kadar pertumbuhan ekonomi tahunannya mencatat angka 10.3%, di samping taraf hidup rakyat yang meningkat dengan ketara.

Tetapi, kuasa tiga gerakan, iaitu gerakan pemisah, gerakan pelampau dan gerakan pengganas tidak pernah menghentikan kegiatan mereka untuk menggangu kestabilan di wilayah Xinjiang, terutamanya pada tahun 1990-an. Kegiatan dan muslihat tiga gerakan ini dianggap ancaman utama kepada keamanan dan pembangunan tempatan.

Dengan tindakan membanteras kegiatan tiga gerakan ini, yang dilaksanakan oleh kerajaan secara berkesan beberapa tahun yang lalu, Xinjiang telah mengekalkan kestabilan masyarakatnya dan mencapai kemajuan besar dalam pembangunan sosioekonomi. Pada tahun 2008, jumlah KDNK Xinjiang mencecah 420 bilion Yuan RMB, dan ia berjaya merealisasikan perdagangan luar yang berjumlah 22 bilion dolar Amerika.

Keamanan dan kestabilan masyarakat Xinjiang merupakan hasil daripada perpaduan pelbagai kaum sejak puluhan tahun yang lalu. Sejak tertubuhnya Republik Rakyat China pada tahun 1949, kerajaan mengamalkan dasar kaum yang sama rata dan memupuk keharmonian di Xinjiang, sebuah wilayah yang didiami oleh penduduk daripada 47 kaum atau etnik.

Dasar autonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat sejak tahun 1955 telah membantu mewujudkan keharmonian masyarakat dan perpaduan antara pelbagai kaum di Xinjiang. Dasar autonomi itu memberikan jaminan terhadap hak dan kepentingan penduduk pelbagai kaum dalam pelbagai bidang, terutamanya menikmati kesamarataan dalam pembangunan masyarakat, dalam hal agama dan budaya.

Selepas berlakunya rusuhan "5 Julai" di bandar Urumqi, penduduk kaum Uygur di Xinjiang melahirkan kemarahan mereka terhadap persitiwa tersebut. Menurut mereka, rusuhan itu telah merosakkan kehidupan mereka yang sudah lama aman dan tenteram.

Walaupun peristiwa rusuhan "5 Julai" itu memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosioekonomi Xinjiang, namun hasrat dan keazaman penduduk Xinjiang kepada keamanan dan pembangunan tidak berubah kerana semua mereka sudah memahami betapa pentingnya kestabilan masyarakat kepada pembangunan dan hak serta kepentingan rakyat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China