Perdana Menteri, Wen Jiabao dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Hu Jintao memeterai perintah baru-baru untuk menganugerahkan seorang pegawai pasukan polis bersenjata Xinjiang, Wan Jingang sebagai "pengawal berdedikasi".
Ketika rusuhan ganas berlaku di Urumqi pada 5 Julai lalu, Wan Jingang yang sedang meronda bersama rakan-rakannya, berkejar ke tempat itu untuk mengawal keselamatan. Bagaimanapun, beliau terkorban diserang pengganas.