Setelah "rusuhan ganas 5 Julai" berlaku di Urumqi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, pendengar dan peminat CRI di seberang laut memberikan perhatian berat terhadap laporan radio kami tentang kejadian itu. Mereka menyatakan, laporan CRI amat cepat, menyeluruh, objektif dan adil serta membolehkan mereka mengetahui hakikat sebenar kejadian itu.
Laman web bahasa Turki radio kami bekerjasama dengan stesen radio siaran FM "Haluan" dari Istanbul untuk mengadakan 5 kali temu bual melalui internet yang bertajuk, "suara dari Urumqi" pada 13 hingga 17 Julai. Menurut statistik, seramai lebih 1.5 juta penduduk Turki mendengar program tersebut. Tokoh daripada pelbagai kalangan masyarakat Turki menyatakan melalui telefon dan e-mail, bahawa program itu membolehkan mereka mengetahui hakikat rusuhan di Xinjiang. Mereka akan terus memberikan perhatian tentang laporan CRI yang berkenaan.
Duta Besar Turki ke China, Murat Salim Esenli memuji program tersebut. Menurutnya, laporan CRI tentang "rusuhan 5 Julai" amat menyeluruh, objektif dan adil.
Para pendengar dari beberapa negara Islam mengutuk tindakan perusuh sebagai "tindakan antiinsan." Sejumlah besar penganut Islam di seberang laut juga mengetahui saudara Islam mereka di Xinjiang hidup bahagia dan bebas menjalankan kegiatan beragama melalui laporan radio kami.