Pelbagai kalangan masyarakat menyumbang lebih 270 juta yuan RMB kepada mangsa rusuhan di Xinjiang setakat pukul 5:00 petang semalam. Demikian dimaklumkan oleh Jabatan Kewangan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Pertubuhan Amal Xinjiang dan Persatuan Palang Merah Xinjiang.
Menurut perangkaan Jabatan Kewangan Xinjiang, para penderma terdiri daripada pertubuhan amal dan syarikat dari pelbagai tempat seluruh negara,pelbagai jabatan dari dalam dan luar Xinjiang, pegawai dan anggota polis bersenjata serta orang awam dari pelbagai tempat di China. Sumbangan wang tersebut untuk rawatan perubatan dan bantuan selepas berlakunya rusuhan ganas 5 Julai.
Rusuhan di Urumqi itu telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada nyawa dan harta benda rakyat pelbagai etnik minoriti. Setakat ini, 197 orang mati dan lebih 1600 orang cedera dalam rusuhan tersebut dan kemusnahan banyak kemudahan awam, seperti tenaga elektrik dan perhubungan lalu lintas.