Delegasi Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Guangzhou telah mengadakan sidang akhbar untuk memperkenalkan konsep Sukan Asia kali ini dan budaya China di ibu pejabat UNESCO, Paris semalam.
Naib Datuk Bandar Guangzhou merangkap Naib Ketua Setiausaha Eksekutif jawatankuasa itu, Xu Ruisheng berharap Guangzhou meningkatakan komunikasi dengan UNESCO dan delegasi pelbagai negara Asia ke pertubuhan antarabangsa itu agar mempromosi budaya Guangdong serta meningkatkan pertukaran dan pembangunan budaya di Asia.
Menurutnya, jawatankuasa itu sedang giat membuat persiapan untuk menjayakan temasya sukan tersebut.