Shanghai sedang mengatur kerja-kerja memelihara alam sekitar dalam bidang udara, air, tanah dan sinaran dan menyempurnakan sistem pengawasan dan kawalan terhadap alam sekitar, bagi memastikan terjaminnya kualiti alam sekitar dalam tempoh Ekspo Dunia Shanghai 2010.
Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Shanghai, Zhang Quan menyatakan demikian semalam. Pada hari yang sama, kerajaan Shanghai mengumumkan "Laporan Alam Sekitar Ekspo Dunia Shanghai China Tahun 2010".
Menurut Zhang Quan, Ekspo Dunia Shanghai akan berlangsung selama setengah tahun dengan pengunjungnya dijangka mencatat 70 juta orang. Aktivitinya akan diatur dengan padat, oleh itu, kerja-kerja perlindungan alam sekitar Shanghai mengutamakan keberkesanan dalam jangka panjang. Tindakan berkenaan ditetapkan dan dilaksanakan untuk melindungi alam sekitar bagi memastikan kehidupan tidak terjejas.








