Shanghai sedang giat mengatur kerja-kerja menyempurnakan perkhidmatan dalam bidang perubatan, pencegahan wabak dan keselamatan barang makanan, bagi memastikan Ekspo Dunia 2010 dapat berjalan lancar.
Menurut rancangan, 5 pusat perubatan akan ditubuhkan dalam taman ekspo dunia untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pengunjung dan peserta pameran. Sebanyak 96 pasukan kesihatan kecemasan di seluruh bandar itu ditawarkan latihan berkenaan. Selain itu, jaringan pemantauan penyakit berjangkit juga akan dibentuk.
Ekspo Dunia Shanghai akan berlangsung selama setengah tahun dengan pengunjungnya dijangka mencatat 70 juta orang. Antaranya, lebih 85% akan menikmati perkhidmatan makanan yang disediakan di taman itu. Oleh itu, kesemua barang makanan akan diperiksa dengan teliti.








