Cari:
UNESCO akan Gabungkan Program "Lingkaran Ekologi Bandar" dengan Ekspo Shanghai 2010
2009-08-15 16:07:43 CRI Cetak

PBB dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bersedia menggabungkan program "Lingkaran Ekologi Bandar" dengan Ekspo Dunia Shanghai 2010, dan juga merancang mengadakan Persidangan Global "Lingkaran Ekologi Bandar" pertama di Shanghai sempena ekspo tersebut.

Wakil pertama UNESCO ke ibu pejabat PBB, Helene Marie Gossilin memaklumkan demikian dalam Seminar Antarabangsa "Lingkaran Ekologi Bandar" yang diadakan di Shanghai semalam.

Menurut beliau, UNESCO akan menggunakan peluang tersebut untuk mempopularkan konsep perlindungan alam sekitar yang baru. Beliau menyeru PBB, UNESCO, dan semua negara anggota PBB termasuk China berusaha bersama untuk mewujudkan sasaran pembanguan berterusan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China