Cari:
Perjanjian Pelaburan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Ditandatangani
2009-08-15 14:40:27 CRI Cetak

Menteri Perdagangan China, Chen Deming dan rakan sejawatnya dari 10 buah negara anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian Pelaburan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN di Bangkok Thailand pagi tadi. Ini menandakan bahawa rundingan utama untuk menubuhkan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN telah diselesaikan dengan jayanya dan kawasan perdagangan bebas itu akan ditubuhkan pada tahun 2010 menurut jadual.

Menurut perjanjian tersebut, kedua-dua pihak China dan ASEAN akan mengamalkan layanan nasional kepada pelabur, mengamalkan layanan negara mengutamakan antara satu sama lain dan menjamin keadilan dan kesamarataan pelaburan. Perjanjian tersebut berfaedah untuk mewujudkan suasana pelaburan yang lebih bebas, mudah dan telus kedua-dua pihak.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China