Cari:
Pakar Mesir: Penduduk Islam China Bebas Beribadat
2009-08-19 18:23:19 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Penduduk Islam China bebas beribadat. Hubungan antara China dengan dunia Islam amat erat dan stabil. Pakar Mesir berkata demikian dalam forum budaya "Hubungan yang Erat antara Mesir, China dan Dunia Islam" yang diadakan di Kaherah semalam.

Pengerusi Persatuan Sasterawan Asia-Afrika, Muhammad Majdi Mirjan berkata, beliau telah beberapa kali melawat China. Mengenai rusuhan ganas "5 Julai"yang dicetuskan oleh segelintir orang yang dihasut oleh kumpulan aktivis di luar negara, beliau menjelaskan bahawa tujuan mereka adalah untuk meburukkan imej China dalam masyarakat antarabangsa serta hubungan antara China dengan dunia Islam. Tipu muslihat mereka tidak akan berjaya.

Bekas Ketua Setiausaha Penerangan Liga Arab berkata, hubungan antara negara-negara Arab dengan China berkembang baik. Liga Arab menyokong kestabilan dan keutuhan wilayah China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China