Cari:
China dan Singapura Sedia Tingkatkan Lagi Hubungan Kerjasama
2009-08-25 09:47:11 CRI Cetak

Memandangkan ekonomi dunia kini menunjukkan tanda-tanda positif untuk pulih, China dan Singapura perlu meningkatkan lagi kerjasama untuk menyumbang kepada pemulihan ekonomi serantau.

Naib Perdana Menteri China, Wang Qishan berkata demikian dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Singapura semalam.

Menurutnya, dalam mesyuarat ke-6 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Dua Hala China-Singapura, mesyuarat ke-11 Majlis Penyelarasan Taman Industri Suzhou dan mesyuarat ke-2 Majlis Penyelarasan Bandar Ekologi Tianjin yang baru berakhir dengan penuh kejayaan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus berusaha meneroka bidang kerjasama dua hala yang baru.

Lee Hsien Loong pula berkata, kerjasama dua hala yang terus dipertingkatkan beberapa tahun kebelakangan ini, benar-benar mendatangkan banyak manfaat kepada kedua-dua negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China