Cari:
China dan Singapura Yakin Penuh Terhadap Prospek Perkembangan Hubungan Dua Hala
2009-08-25 09:49:06 CRI Cetak

Dengan latar belakang pergolakan kewangan global, tindakan aktif China dan Singapura mencari saluran kerjasama yang baru, dan berganding bahu menangani cabaran-cabaran yang dihadapi sekarang ini ke arah mewujudkan pembangunan bersama, memberi makna yang besar.

Naib Perdana Menteri China, Wang Qishan berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat ke-6 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Dua Hala China-Singapura di Singapura semalam.

Beliau berharap supaya kedua-dua pihak dapat menggunakan peluang daripada sambutan ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun depan untuk melonjakkan lagi hubungan dua hala ini ke tahap yang lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Wong Kan Seng yang bersama-sama Wang Qishan merasmikan mesyuarat tersebut berkata, Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-China yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu menyuntik daya penggerak yang baru kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara. Beliau berkeyakinan penuh terhadap prospek pembangunan China pada masa akan datang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China