Cari:
China dan Laos Jalin Hubungan Rakan Kerjasama Strategik yang Menyeluruh
2009-09-10 11:26:57 CRI Cetak

China dan Laos mencapai persetujuan untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke peringkat hubungan rakan kerjasama strategik secara menyeluruh.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao selepas ditemui rakan sejawatnya dari Laos, Choummaly Sayasone di Beijing semalam.

Menurut beliau, China bersedia mengekalkan tradisi pertukaran lawatan dengan pemimpin Laos, berkongsi pengalaman menguruskan parti dan negara, memperluas bidang kerjasama ekonomi dan perdagangan dan kerjasama dalam ASEAN, agar bersama-sama menggalakkan kedamaian dan pembangunan serantau.

Choummaly berkata, Laos bersedia untuk terus meningkatkan penyelarasan kedua-dua pihak dalam masalah yang penting, memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan, serta mendorong interaksi kebudayaan. Beliau menegaskan, parti dan kerajaan Laos mengekalkan dasar "Satu China", menyokong usaha China untuk memelihara kedaulatan negara, kestabilan masyarakat dan perpaduan bangsa.

Perdana Menteri, Wen Jiabao juga bertemu dengan Choummaly semalam.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China