Stephen Fitzgerald menyatakan bahawa China merupakan sebuah negara membangun yang penting dan sebuah negara besar yang meningkat maju dengan pesat di dunia, seperti yang dijangkanya pada beberapa tahun yang lalu. Beliau berkata, ada pandangan yang menyatakan semua negara yang besar akan bertindak serupa seandainya mempunyai kekuatan yang cukup. Saya mempunyai pandangan yang berbeza. Tindakan sesebuah negara itu kebanyakannya tidak terlepas dari sejarah dan kebudayaannya.
Beliau menyatakan bahawa dalam kebanyakan isu yang besar, ternyata dunia memberikan penilaian yang positif dan tepat terhadap China. Menurut pendapat umum antarabangsa, China sedang memainkan peranan yang sangat positif di arena antarabangsa sekarang ini. China merupakan kuasa yang penting untuk memelihara kedamaian dan ketenteraman, bukan sahaja di rantau Asia-Pasifik, malah di dunia.
Menurut beliau, pembangunan China secara damai mendapat penghargaan dari kebanyakan negara, bukannya tentang sebab utama ialah China mewujudkan "kuasa lembut', bukan mewar-warkan "kuasa keras". Beliau menyatakan, ini merupakan komponen yang penting dari tindakan antarabangsa yang diambil oleh China sekarang. China berusaha menunjukkan "Kuasa Lembut" sejak sekian lama. Tindakan ini sangat bijak dan sangat berkesan, dan dialu-alukan oleh negara Asia Tenggara, dan negara yang berjiran dengannya, malah Australia.
Teori "kuasa lembut" telah dikeluarkan oleh profesor dari Universiti Stephen Fitzgerald Amerika Syarikat, Joseph Nye. Beliau menyatakan bahawa kekuatan bersepadu negara melibatkan dua aspek, iaitu "kuasa keras" yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi, sains dan teknologi serta kuasa ketenteraan, dan "kuasa lembut" yang melibatkan pandangan nilai, sistem masyarakat, modal pembangunan dan budaya hidup rakyat.
Stephen Fitzgerald menyatakan, bahawa China dan pusat pengajian tinggi di Australia telah menubuhkan institut Konfusius dan menganjurkan kursus Konfusius bersama dengan jabatan pendidikan Australia. Tindakan ini bukan sahaja dapat mempromosi budaya China dalam bahasa Mandarin, dan meningkatkan pengaruh budaya China di Australia, tetapi juga merapatkan hubungan budaya dua hala, dan meningkatkan persefahaman antara rakyat Australia dengan China. Pembangunan China merupakan peluang dan cabaran kepada Australia , dan bukanlah ancaman.








