Cari:
China dan Vietnam Bersedia Tingkatkan Kerjasama
2009-09-11 15:39:05 CRI Cetak

China dan Vietnam perlu berusaha memelihara kestabilan serantau, dan meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan. Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika ditemui Naib Perdana Menteri Vietnam, Hoang Trung Hai yang menghadiri Sidang Tahunan Forum Davos Musim Panas 2009 di Dalian, Provinsi Liaoning semalam.

Menurut beliau, tahun depan merupakan tahun persahabatan China-Vietnam. Menerusi peluang ini, kedua-dua negara perlu mendorong perkembangan hubungan mencapai kemajuan yang baru.

Hoang Trung Hai berkata, Vietnam bersedia meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan dengan China dalam pelbagai bidang, dan meningkatkan pertukaran kedua-dua pihak dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China