Sidang Pleno Ke-4 Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China telah berakhir di Beijing semalam selepas menetapkan matlamat tentang pembangunan parti berdasarkan prinsip demokrasi dan pembentukan sistem antirasuah dalam parti.
Pembangunan parti dalam situasi yang baru ini merupakan salah satu topik perbincangan utama dalam persidangan selama 4 hari tersebut. Profesor Xu Yaotong dari Akadami Pentadbiran Negara ketika ditemubual oleh wartawan CRI mengatakan bahawa pembangunan parti yang dijadikan fokus dalam persidangan itu, selaras dengan keperluan perkembangan situasi semasa. Kata beliau:
"China akan melangkah ke era perkembangan yang baru mulai sekarang, iaitu berkembang menjadi negara maju sederhana dalam tempoh 30 hingga 40 tahun akan datang. Dalam proses itu, Parti Komunis China perlu memainkan peranan pimpinan dalam usaha pembaharuan. Sidang pleno kali ini menandakan bahawa Parti Komunis China akan memasuki tempoh perkembangan yang baru, iaitu lebih demokratik, bersatu padu, pragmatik dan maju."
Pengumuman yang dikeluarkan dalam sidang pleno kali ini menekankan usaha pembangunan parti sendiri yang selaras dengan perkembangan situasi semasa, agar mengambil peluang baik untuk membangunkan negara.
Usaha mengembangkan demokrasi turut digarsikan dalam perancangan pembangunan parti yang dikeluarkan dalam persidangan tersebut. Sebelum persidangn itu diadakan, beberapa ahli teori dalam parti telah meluahkan harapan supaya mekanisme pembangunan parti perlu lebih mengutamakan prinsip demokrasi.
Antara pendekatan-pendekatan yang dikemukakan dalam persidangan tersebut bagi tujuan meningkatkan taraf demokrasi dalam parti, termasuklah menyempurnakan sistem kongres dan sistem pengundian dalam parti.
Selain itu, usaha antirasuah turut diberikan perhatian dalam pembangunan Parti Komunis China pada masa akan datang, malah menjadi perhatian masyarakat umum. Sidang pleno kali ini memutuskan untuk mempercepat pembentukan sistem antirasuah dalam parti yang lebih berkesan. Menurut Profesor Xu Yaotong bahawa keputusan ini selaraskan dengan keinginan rakyat. Kata beliau:
"Persidangan kali ini telah membuat perancangan dengan teliti tentang usaha antirasuah pada masa akan datang, iaitu meningkatkan kawal selia secara menyeluruh terhadap penggunaan kuasa. Usaha antirasuah ini perlu dilakukan terhadap pegawai parti dari segi kesedaran dan fikiran, serta penyempurnaan sistem pencegahan, agar membanteras kegiatan rasuah dari akar umbinya."
1 Oktober nanti ialah ulang tahun ke-60 penubuhan Republik Rakyat China. Menurut Profesor Xu Yaotong bahawa sidang pleno Parti Komunis China tersebut turut mengeluarkan isyarat yang penting kepada orang awam. Kata beliau:
"Dlalam masa 60 tahun lalu, Parti Komunis China telah berkembang menjadi lebih matang dan ia telah mencapai banyak kejayaan yang besar. Sidang pleno kali ini mempunyai erti yang penting dalam sejarah, yang menunjukkan bahawa Parti Komunis China ialah parti pemerintah yang bertanggungjawab dan berkemampuan dalam memajukan negara dan memberikan manfaat kepada rakyat seluruh negara."