Banyak negara dan wilayah telah mulai merancang menyertai program pelancongan sempena Ekspo Dunia Shanghai pada tahun depan, dan berharap boleh memanjangkannya ke tempat yang lain di China atau negara jiran China melalui Shanghai.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Negara China, Shao Qiwei dalam Promosi Pelancongan Ekspo Dunia Shanghai yang diadakan di Hangzhou semalam. Lebih 100 orang usahawan pelancongan dari Eropah, Amerika, Afrika dan Asia menyertai promosi pelancongan ini. Shao Qiwei memaklumkan, dijangka lebih 70 juta pengunjung melawat Ekspo Dunia Shanghai dan daripada jumlah itu, lebih 3.5 juta orang pelancong asing. Kerja penerimaan mereka juga dimulakan secara menyeluruh.